26
09
2008
Assalamualaikum,
Kepada semua umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidifitri, kami dari Pusat ICT Selangor ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin dan juga berhati-hati ketika memandu kenderaan. Semoga selamat sampai dan selamat balik menjalankan tugas.
Pusat ICT Selangor juga sentiasa bersedia semasa cuti untuk terus berfungsi mengekalkan keadaan sistem dan rangkaian.
Sekian.
Comments : No Comments »
Categories : Ucapan Khas
6
08
2008
Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri Selangor pada hari ini dengan rasminya telah mengiklankan pelawaan tender yang berkaitan membekal, menghantar, memasang, menguji dan mentauliah peralatan ICT berikut secara sewaan :
1. Pakej 1 - Komputer Peribadi dan Komputer Bimbit
2. Pakej 2 - Pencetak
3. Pakej 3 - Server.
Dokumen tender hanya boleh diperolehi melalui laman web sistem Penjualan Dokumen Tender dan Sebutharga Negeri Selangor seperti di pautan di bawah.
Kepada petender yang belum mendaftar, sila rujuk laman web yang sama dan klik pada menu ‘Bantuan’ untuk panduan pendaftaran.
Tawaran ini akan di tutup pada 12.00 tengah hari, 27 Ogos 2008 (Rabu). Tawaran yang lewat diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
Pautan kepada maklumat tender tersebut. Sila klik kepada link di bawah.
http://tender.selangor.gov.my/shop/details.php?tender_id=2189
Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized
1
04
2008
Khamis : 27 Mac 2008
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Selangor dengan berbesar hati menerima kedatangan Y.B. Rodziah Binti Ismail. Beliau akan menjadi peneraju utama Exco Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Selangor . Tahniah di ucapkan. Dalam ucapan, beliau menyatakan beberapa fokus utama yang akan dirancangkan. Beberapa fokus tersebut ada menerangkan untuk memperluaskan lagi capaian teknologi maklumat kepada semua kawasan di negeri Selangor terutama di kawasan desa. Perancangan lain ialah untuk menggalakkan kemajuan di dalam bidang inovasi sains secara keseluruhannya dan memantapkan lagi kepentingan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Selangor ini sebagai sebuah jabatan yang dapat melancarkan infra ICT keseluruhan untuk Kerajaan Negeri Selangor.
Kami dari Pusat ICT amat mengalukan kedatangan beliau dan mengucapkan ribuan terima kasih dan kami akan juga berusaha untuk menyokong untuk melaksanakan segala apa perancangan yang akan dilaksanakan.

Comments : 1 Comment »
Categories : Uncategorized
7
03
2008
Sistem tersebut sudah berada di fasa terakhir iaitu dimana pengguna dari semua jabatan yang terlibat sedang menjalani latihan kemasukan data.
Dengan sistem ini, di harapkan dapat membantu pengurusan harta modal yang efisien.
Comments : No Comments »
Categories : Sistem Aplikasi
4
03
2008
Bulan IT Selangor datang lagi. Bulan Julai dipilih untuk sambutan tahun 2008.
Nantikan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai.
*Tarikh dan tempat pameran untuk kali ini akan diumumkan kelak.
Urusetia :
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
En. Mohd. Solihin Bin Tasman 03-55447556
En. Ruhaizat Bin Daud 03-55447568
Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized
14
02
2008
Perlawanan Futsal Persahabatan akan diadakan di antara Pusat ICT Selangor dengan Pejabat Daerah Petaling pada:
-14 Feb 2008 (Khamis)
-6 petang
-Di Sports Planet, Seksyen 16, Shah Alam
Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Amir Hisham @55447441
Comments : 1 Comment »
Categories : Kelab Pusat ICT